Maszlee Malik didakwa tanda tangan SD sokong Anwar

0
3

BEKAS Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik didakwa menandatangani akuan berkanun (SD) bagi menyokong rancangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri

Maszlee adalah salah seorang daripada empat bekas Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad serta tidak mahu bekerjasama dengan pemimpin Umno yang didakwa “terpalit rasuah”.

Maszlee kini sebahagian daripada Pejuang, parti diasaskan Dr Mahathir selepas bekas Perdana Menteri itu dipecat daripada Bersatu.

“Tindakan Maszlee ini akan mengeruhkan lagi hubungannya dengan Mahathir. Kali terakhir Maszlee kena leter dengan bekas bosnya, beliau meletakkan jawatan sebagai menteri Kabinet,” kata sumber yang rapat dengan Bersatu seperti dilaporkan portal MalaysiaNow.

Pendedahan sokongan politik Ahli Parlimen Simpang Renggam itu kepada Anwar sehari selepas sehari beliau menyokong usaha usul undi tidak percaya Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri, Tan Sr Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa menulis surat secara bersama kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Pada masa, mereka tidak mendedahkan senarai ahli Parlimen Umno lain yang mengikut mereka.

Anwar dalam surat berasingan kepada Yang di-Pertuan Agong mendakwa mempunyai sokongan ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH), Umno dan “sejumlah individu”.

Bagaimanapun, MalaysiaNow melaporkan semakan mendapati Maszlee merupakan “individu tunggal” yang menandatangi SD untuk mengesahkan sokongannya kepada Anwar.