DBKL gempur penjaja ‘rambo’

0
2

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur meneruskan operasi menbanteras kegiatan penjaja tanpa lesen atau ‘rambo’ di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), semalam.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, menerusi operasi itu sejumlah tiga barangan disita sepanjang tempoh pemantauan yang dijalankan bermula jam 3 petang.

“Tindakan diambil kerana mendapati penjaja seumpana ini telah membuat kacau ganggu halangan dan kebersihan di laluan-laluan awam utama selain tidak mempunyai lesen.

“Tindakan mereka juga telah menjejas aktiviti penjaja-penjaja yang berlesen di sekitar lokasi terbabit,” katanya.

Pihak Bekuasa Tempatan (PBT) itu berkata, tindakan terhadap penjaja tanpa lesen itu akan diteruskan dari semasa ke semasa terutama di tempat tumpuan awam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here