Covid-19: 982 kes baharu, 7 kematian semalam 

0
2
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tujuh kematian baharu akibat Covid-19 semalam. 

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,821 kes sejak virus tersebut melanda negara. 

Berdasarkan data dimuat naik di portal KKMNOW, satu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). 

Sementara itu, sebanyak 982 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan dua kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,981,887 kes. 

Selain itu, seramai 13,975 individu atau 94.1 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). 

Sebanyak 842 kes pula dirawat di hospital dan 37 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 22 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here