PU Azman didakwa di Mahkamah Ampang pula

0
3

PENCETUS Ummah (PU) Azman, dijangka berdepan pertuduhan kes seksual di Mahkamah Ampang, pagi ini.

Mahkamah Ampang menjadi mahkamah ketiga Azman Shah Alias, 41, didakwa selepas dihadapkan di Mahkamah Klang dan Seremban masing-masing pada awal bulan ini serta Oktober lalu.

PU Azman yang memakai baju kurta biru dan berseluar kelabu diiringi beberapa peguamnya dan anggota polis dilihat memasuki lobi Mahkamah Ampang, pada jam 8.55 pagi, lapor BH.

PU Azman kelihatan tenang ketika dirakam foto dan video oleh pengamal media yang menunggu ketibaannya sejak jam 8.30 pagi.

Sebelum ini, di Mahkamah Klang, pendakwah selebriti terbabit didakwa atas empat pertuduhan melakukan amang dan komunikasi seksual serta kelucahan melampau pada tiga remaja lelaki tahun ini.

Tertuduh turut didakwa di Mahkamah Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada tahun sama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here