Mangsa banjir kini lebih 70,000 orang

0
3

JUMLAH keseluruhan mangsa banjir di lima negeri yang terjejas kini melebih 70,000 orang setakat jam 6 pagi tadi membabitkan 20,346 keluarga yang dipindahkan ke 446 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di 20 daerah yang terjejas.

Berdasarkan laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), situasi semasa banjir negara menunjukkan peningkatan mangsa iaitu 72,297 mangsa berbanding 71,897 mangsa pada jam 4 pagi tadi.

Menurut laporan itu, Terengganu merekodkan seramai 40,456 mangsa daripada 11,197 keluarga di lapan daerah yang terjejas iaitu Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.

Kelantan mencatatkan seramai 31,487 mangsa daripada 9,055 keluarga di sembilan daerah yang terjejas iaitu Bachok, Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.

Banjir di Johor pula dilaporkan di daerah Segamat yang membabitkan 48 mangsa daripada 15 keluarga, manakala di Pahang banjir melanda daerah Kuantan menjejaskan 252 mangsa daripada 62 kelaurga.

Perak pula merekodkan seramai 54 mangsa daripada 17 keluarga membabitkan daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk.

Menurut NADMA, jumlah kematian susulan banjir kekal lima mangsa setakat ini membabitkan seorang kanak-kanak lelaki di daerah Pasir Mas dan tiga remaja perempuan di Tumpat, Kelantan, manakala seorang kanak-kanak perempuan di Besut, Terengganu. – Malaysiapost Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here