Benteng kebal Harimau Malaya, Khuzaimi sertai Selangor FC

0
3

PEMAIN pertahanan tengah Harimau Malaya, Ahmad Khuzaimi Piee secara rasmi diumumkan menyertai skuad Selangor FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Perkembangan terbaharu itu diumum Selangor FC menerusi media sosial milik pasukan Gergasi Merah tersebut hari ini.

Ahmad Khuzaimi, 29, adalah tonggak utama pasukan Negeri Sembilan FC musim lalu.

Dia juga menjadi pemain tonggak pertahanan Harimau Malaya bergandingan bersama Dion Cools mahupun Syahrul Saad di bawah bimbingan jurulatih, Kim Pan Gon.

Kehadiran Ahmad Khuzaimi bakal mengukuhkan lagi benteng Merah Kuning yang sudah memiliki seorang lagi pemain kebangsaan, Sharul Nazeem Zulpakar serta pemain import, Yazan Al Arab.

Ahmad Khuzaimi adalah pemain baharu kedua diumumkan Selangor FC selepas V Ruventhiran dari PJ City. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here