Bapa reda pemergian semua anak perempuan sekali gus

0
2

BAPA kepada tiga beradik yang maut akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Morak, Tumpat, semalam reda dengan takdir Allah apabila kehilangan kesemua anak perempuannya sekaligus dalam sekelip mata.

Mohd Nadzir Mohamed, 67, mengakui dia dan isteri terpaksa melawan perasaan sedih atas pemergian tiga beradik berkenaan.

Menurutnya, masih terngiang-ngiang suara tiga beradik itu yang menjadi rutin saban pagi bertanyakan kepadanya dan ibu mereka, Zainun Sulaiman, 62, mengenai apakah menu sarapan pagi yang dihajati.

“Setiap pagi, ayat mereka kepada kami… ayah umi nak makan apa?” katanya sambil menahan sebak.

Mohd Nadzir menjelaskan, ketiga-tiga mangsa iaitu Nurul Syazwani Mohd Nadzir, 33, Sakinah, 29, serta Noor Fathiah, 27, adalah anak perempuannya daripada lapan beradik.

Beliau turut menceritakan mengenai kelakuan pelik salah seorang anaknya sebelum kejadian berkenaan.

Katanya, kemesraan yang ditunjukkan Nurul Syazwani dalam melayani dia dan isterinya lebih daripada kebiasaan.

Manakala, Sakinah ada bergurau dengan isterinya memberitahu dia rasa seperti hendak mati.

“Tetapi kami anggap semua itu gurauan. Sehinggalah pada hari kejadian tersebut, saya melihat depan mata mayat anak-anak bergelimpangan, hendak angkat tidak boleh kerana ia melibatkan renjatan elektrik.

“Jadi saya dan isteri hanya mampu melihat sahaja, bayangkan sedihnya kami pada waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here