‘Tak salah guna nama Kerajaan Perpaduan’ – Asyraf Wajdi

0
2

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semua pihak perlu menoktahkan segera segala perdebatan mengenai keabsahan kerajaan dan kembali memberikan tumpuan kepada agenda membantu rakyat dan memakmurkan negara.

Selain itu, beliau berkata, ungkapan ‘Kerajaan Perpaduan Malaysia’ juga tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia hanyalah kata nama dipilih bagi menggambarkan gabungan parti-parti utama yang membentuk majoriti besar dua pertiga.

“Walaupun Kata Nama ‘Kerajaan Perpaduan Malaysia’ ini tidak menggambarkan falsafah ‘unity goverment’ dalam istilah sains politik kerana masih wujud Ahli Parlimen Pembangkang daripada Perikatan Nasional.

“Namun tiada salahnya kata nama ini tetap digunakan sebagai manifestasi gabungan parti-parti politik yang secara kolektifnya mewakili hampir 70 peratus undi popular rakyat dalam PRU15 dan majoriti 2/3 ahli-ahli Parlimen yang mendokongnya,” katanya menerusi Facebook.

Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata, usul undi percaya terhadap Perdana Menteri petang tadi, sekali gus menjadikan kerajaan hari ini mempunyai majoriti dua pertiga.

“Majoriti besar 2/3 ini penting untuk memastikan negara mencapai kestabilan agar tiada lagi insiden pertukaran kerajaan beberapa kali berlaku seperti mana dahulu.

“Majoriti 2/3 ini juga mustahak bagi memastikan kestabilan yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memacu ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Katanya lagi, majoriti kukuh itu penting bagi memastikan kestabilan yang diperolehi mampu memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada pelabur untuk kembali memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here