Tanah runtuh : Pengurusan Father’s Organic Farm zahir ucapan takziah

0
2
foto kredit: FATHER'S ORGANIC FARM FACEBOOK

PENGURUSAN tapak perkhemahan Father’s Organic Farm menzahirkan simpati dan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa korban akibat tragedi tanah runtuh, Jumaat lalu.

Ucapan takziah itu dikongsi menerusi hantaran Facebook, pihak pengurusan tapak perkhemahan itu, hari ini.

“Kami bersimpati dengan semua mangsa dan keluarga tragedi tanah runtuh di Batang Kali yang berlaku pada 16 Disember.

“Bencana tiada rupa, cinta bersama kita! Kami sentiasa bersama kamu, semoga yang terkorban, berehat dengan tenang, takziah yang tulus dan mendalam kepada keluarga, berdoa untuk yang terselamat dan cedera untuk pulih, dan teruskan menjaga.

“Kami memberi penghormatan kepada semua pihak terbabit dalam kerja menyelamat.

“Sekali lagi, kami dengan rendah hati bersama semua yang terkesan dengan tragedi itu,” katanya.

Setakat petang Sabtu, 24 mangsa disahkan terkorban, manakala 61 orang selamat dan sembilan masih hilang daripada keseluruhan 94 orang yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di Jalan Genting-Batang Kali itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here