ENAM daripada 21 manga yang meninggal dunia dalam tregedi tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali semalam, sudah dikenalpasti.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan di Facebook, berkata proses pengecaman mangsa dilakukan waris atau melalui ujian ‘finger printing’ (cap jari).
“Proses bedah siasat dan pengecaman mayat yang lain masih dijalankan.
“Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari masa ke masa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,” katanya.
Dalam hantaran sama, NADMA turut mengeluarkan senarai mangsa yang dikenalpasti termasuk mereka yang sedang menerima rawatan dan meninggal dunia.
Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) 12 mangsa yang hilang disambung semula jam 8 pagi tadi.
Setakat jam 11 malam tadi, 12 lagi individu dipercayai masih lagi hilang manakala seramai 21 mangsa dilaporkan meninggal dunia.
Media melaporkan seramai 94 mangsa terbabit dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.24 pagi, semalam. – Malaysiapost



