Gajah betina mangsa jerat diselamatkan Perhilitan

0
2

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang tercedera dipercayai akibat terkena jerat berhampiran Kampung Renyuk, Jeli, Kelantan.

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi Jabatan (Perhilitan) Semenanjung Malaysia hari ini, memaklumkan pihaknya menerima aduan mengenai kejadian berkenaan pada 9 Oktober lalu.

Susulan aduan tersebut, Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan telah digerakkan ke kawasan tersebut.

“Pada 10 Oktober, sejumlah 11 kakitangan yang terdiri daripada UTG Kelantan dan pasukan Op Bersepadu Khazanah Zon Timur telah menjalankan operasi bagi menjejak gajah tersebut.

“Operasi berjaya menemukan gajah betina tersebut dan pemerhatian awal mendapati kaki kanan hadapannya telah bengkak dan bernanah disyaki terkena jerat,” kata kenyataan itu.

Perhilitan menzahirkan ucapkan terima kasih kepada pengadu yang telah memberi maklumat sehingga gajah ini dapat diselamatkan. -Malaysiapost