PM rai kunjungan tokoh Al-Azhar

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meraikan kunjungan Profesor Dr Syeikh Jamal Farouk Jibreel, tokoh dari Universiti Al-Azhar, Mesir di Seri Perdana, Putrajaya.

Menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau, Anwar berkata pertemuan itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Na’im Mokhtar.

Menurutnya, mereka sempat berbincang perihal pendidikan tinggi Islam khususnya pengukuhan jalinan hubungan Malaysia dengan Universiti Al-Azhar.

Sehingga kini Universiti Al-Azhar menempatkan 6,204 pelajar negara ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meraikan kunjungan Profesor Dr Syeikh Jamal Farouk Jibreel, tokoh dari Universiti Al-Azhar, Mesir di Seri Perdana, Putrajaya.

Selari dengan kuliah Jamal Farouk bertajuk, ‘Peranan Akhlak dalam Pembinaan Negara’ ketika kunjungan itu, Perdana Menteri menekankan adalah menjadi misi pentadbiran beliau untuk menjelmakan nilai akhlak dalam tata laksana kenegaraan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here