Sudah terlalu penuh, Abang Viva dilarang masuki kawasan bencana

0
2

HASRAT sukarelawan bencana Abang Viva untuk membantu mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Father’s Organic Farm di Batang Kali, terbantut berikutan tidak dibenarkan memasuki kawasan itu.

Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar memaklumkan perkara itu dalam hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

“Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang V-Va bukan sahaja untuk misi banjir tapi didaftarkan untuk semua bencana termasuk tanah runtuh, tapi untuk misi ke father’s organic farm.

“Saya dah hubungi bilik gerakan dan disebabkan di dalam sana sudah terlalu ramai, NGO saya tidak dibenarkan ke sana, mohon maaf,” katanya.

Bagaimanapun Azwan menyeru rakyat Malaysia berdoa urusan pencarian semua mangsa tanah runtuh itu dipermudahkan.

“Sama-sama kita doakan semua mangsa cepat di temui. RIP utk semua mangsa.
Bantu tanpa mengira bangsa dan agama.
Bersatu hati,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, kejadian tanah runtuh itu berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm menghempap sebuah tapak perkhemahan.

Difahamkan, ketinggian runtuhan dianggarkan 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan 0.4 hektar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here