PM, TPM akan ke lokasi tanah runtuh

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan turun ke lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, awal pagi tadi.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata selain itu Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan beberapa menteri juga diarah berbuat demikian berbuat demikian, lapor Bernama.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Facebooknya, beliau menyatakan rasa sedih atas kejadian yang berlaku dan mendoakan kerja mencari dan menyelamat berjalan lancar.

“Saya amat sedih terima berita kejadian tanah runtuh di Batang Kali. Saya doakan usaha SAR berjalan dgn pantas dan berjaya,” katanya.

Menurut Fahmi, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming juga akan pergi ke kawasan kejadian.

Terdahulu, dua termasuk seorang kanak-kanak disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, awal pagi tadi.

Sementara, 23 mangsa dilaporkan selamat, tiga cedera dan 51 orang masih tidak ditemui. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here