Dasar pendidikan sedia ada diteruskan, ditambah baik – Fadhlina

0
2

DASAR pendidikan sedia ada termasuk Transformasi Pendidikan yang diperkenalkan oleh pentadbiran sebelum ini akan diteruskan dan ditambah baik.

Menteri Pendidikan (KPM) Fadhlina Sidek berkata, kementerian akan memastikan dasar sedia ada ini ditambah baik dalam aspek proses penyampaian bagi menjamin kecekapan dan keberkesanannya.

Beliau berkata, KPM mendapati ada beberapa penambahbaikan daripada aspek proses penyampaian dan perkhidmatan pendidikan yang perlu dilaksanakan.

“Aspirasi KPM sudah cukup jelas iaitu setiap perkara yang hendak diputuskan perlu diteliti dan dikaji secara berhemah dan budaya ini akan terus dibawa dalam Kementerian Pendidikan,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Fadhlina menjelaskan, KPM akan membuat semakan semula terhadap silibus pembelajaran tahap satu seperti desakan pakar pendidikan sebelum ini.

Sebelum ini media melaporkan orang ramai terutama ibu bapa merungut berkenaan silibus pembelajaran murid sekolah rendah tahap satu yang jauh di luar tahap kemampuan kanak-kanak sekali gus menyebabkan kesukaran dan membebankan pembelajaran murid. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here