Politik bukan hanya pilihan raya, parti – Mohd Khairuddin

0
2

BERPOLITIK bukan hanya untuk pilihan raya dan parti tetapi mengambil cakna urusan pentadbiran negara, kata Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, mengingatkan ahli politik agar fokus dalam menyumbang idea dan pandangan, mengkritik apa yang perlu serta menyalurkan cadangan penambahbaikan pada pemerintah dan pentadbir.

“Bagi mereka yang memiliki ruang mengurus dan mentadbir hendaklah berpolitik dengan melakukan apa yang baik bagi rakyat. Hal ini sesuai dengan maksud politik dan siasah dalam Islam,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mohd Khairuddin dalam hantaran itu juga memetik potongan ayat ulama Islam yang menyebut “bertindak terhadap sesuatu dengan perkara yang boleh memperelokkannya”.

Sementara itu, dalam hantaran berbeza, bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi juga menyentuh berkenaan minda pembangkang yang didakwa hanya mengkritik tanpa bekerja.

Beliau berkata, pihak pembangkang yang kini telah membentuk kerajaan perlu berfikir seperti kerajaan, sekaligus bergerak dengan idea dan tindakan mentadbir negara.

“Minda pembangkang hanya mengkritik tanpa bekerja. Minda berkerajaan ialah sentiasa bekerja dengan idea dan tindakan.

“Pelbagai polisi awal yang dilontarkan dan diarah untuk dilaksanakan melibatkan konsep perbelanjaan berhemah, mesra rakyat dan beberapa tindakan awal bagi meredakan kos kehidupan rakyat adalah lambang minda berkerajaan bukan minda pembangkang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here