Latif Romly sah suami Nurul Nabila dengan sekali lafaz

0
3

ATLET paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly, 25, kini bergelar suami kepada Nurul Nabila Farhana, 25, dalam sebuah majlis ijab kabul yang diadakan pagi tadi.

Latif yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro 2016 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 berkongsi momen bahagia itu menerusi Instagram miliknya.

Dengan sekali lafaz, Latif sah menjadi suami kepada Nurul Nabila dengan mas kahwin sebanyak RM1,312.

Difahamkan majlis tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pengantin serta kenalan rapat yang berlangsung di Perlis.

Memakai sepersalinan putih daripada Seth & Luna, Latif menyarungkan cincin kepada kepada Nurul Nabila selepas upacara akad nikah.

Ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada penyokong dan pengikutnya.

“Selamat pengantin baru datuk dan pasangan semoga kekal bahagia hingga akhir nyawa. Alhamdulillah, selamat berkahwin Latif dan pasangan, semoga kekal hingga ke Jannah,” katanya.

Latif dan Nurul Nabila mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober 2021.

Mereka merupakan rakan sejak zaman persekolahan di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar, Perlis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here