Terengganu catat jumlah penagih dadah tertinggi

0
2

TERENGGANU menduduki carta nombor satu jumlah penagih dadah tertinggi di Malaysia.

Berdasarkan statistik Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), negeri itu mencatat nisbah 916 penagih dadah bagi setiap 100,000 penduduk.

Pengarah Bahagian Pencegahan AADK Kebangsaan, Zainudin Abdullah, berkata nisbah kedua tertinggi dicatat di Kelantan, diikuti Pahang dan Perlis.

“Di Negeri Sembilan, masalah penyalahgunaan atau penagihan dadah tidak begitu serius, iaitu 702 orang daripada 100,000 penduduk,” katanya, seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kit Pintar 2.0 bagi meningkatkan kesedaran bahaya dadah dalam kalangan murid sekolah rendah.

Turut hadir Pengarah AADK negeri, Dr Sallina Mansor dan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Md Fiah Md Jamin. -Malaysiapost