Umno tunda mesyuarat MT, rahsiakan lokasi mesyuarat

0
2

MESYUARAT Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadual esok terpaksa ditangguhkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata mesyuarat itu akan diadakan pada 20 Oktober ini di luar dari kawasan PKPB iaitu Pahang.

Katanya, langkah mengadakan mesyuarat di Pahang bagi membolehkan dilakukan secara bersemuka dengan ahli-ahli parti berbanding secara dalam talian.

“Jadi kami merasakan ia perlu dibincangkan dengan lebih teliti dengan mesyuarat berlangsung secara bersemuka di sebuah lokasi di Pahang.

“Oleh itu, mesyuarat MT Umno sepatutnya berlangsung esok ditangguhkan dan akan diadakan pada Selasa ini,” katanya seperti dilapor Utusan.

Beliau sebelum ini memaklumkan Mesyuarat MT berlangsung esok bagi membincangkan keputusan Biro Politik Umno berhubung pertimbangan menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Ahmad enggan mendedahkan lokasi yang dirancang. – Malaysiapost