Krisis politik PN: Berunding pasti selesai – Takiyuddin

0
2

TIDAK banyak perbedaan, malah lebih persamaan, kata Datuk Takiyuddin Hassan mengenai Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung PAS itu berkata, walaupun berbagai pandangan antara PAS, Umno dan Bersatu setiap darinya ada peranan masing-masing.

“Ibarat lauk berbagai dihidangkan, di meja makanlah dinikmati pemakannya.

“Berbagai pandangan yang diutarakan, di meja rundingan dirungkaikan penyelesaian.

“Berunding pasti selesai, semua ada peranannya,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Kenyataan Takiyuddin itu mungkin situasi yang melanda MN dan PN ketika ini susulan kenyataan beberapa pemimpin Umno yang mahu parti itu tidak bersama PN.

Malah, Umno juga membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong PN dan akan memberi syarat baharu kepada kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis.
-Malaysiapost