MB pembangkang pertama bertemu PM

0
3

MENTERI Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli menjadi ketua kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang pertama mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita itu dikongsi Perdana Menteri menerusi hantaran Facebook rasminya hari ini yang memaklumkan pertemuan itu telah diadakan di Kementerian Kewangan, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau dan Shukri telah berbincang mengenai pembangunan dan kemakmuran Perlis pada masa hadapan.

“Bertemu Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hari ini di Kementerian Kewangan.

“Pertemuan ini bagi membincangkan isu terkait aspek pembangunan dan kemakmuran negeri Perlis.

“Semoga kerjasama antara kerajaan persekutuan dan negeri terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan Perikatan Nasional menyapu bersih tiga kerusi Parlimen selain menang 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here