BEKAS Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas kerjasama sepanjang beliau menerajui kementerian berkenaan.
Khairy turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Menteri Kesihatan yang baharu, Dr Zaliha Mustafa dan warga kementerian terbabit.

“Terima kasih kepada seluruh warga KKM atas kerjasama yang diberi selama saya berkhidmat bersama.
“You will always be in my heart (anda akan sentiasa dihati saya). Mohon maaf atas segala kekurangan,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Dalam ciapan itu beliau turut berkongsi beberapa gambar sempena majlis penyerahan nota tugas oleh dirinya kepada Menteri Kesihatan yang baharu. – Malaysiapost

