Mangsa banjir di Perak meningkat

0
2

JUMLAH mangsa banjir di Perak meningkat mendadak setakat jam 6 petang tadi berikutan sejumlah 117 mangsa daripada 26 keluarga ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Teluk Intan. 

Berdasarkan laporan harian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak, jumlah itu meningkat berbanding jam 12 tengahari tadi apabila 56 mangsa daripada 12 keluarga direkodkan.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), kesemua mangsa terjejas banjir terdiri daripada penduduk di Lorong Mesra, Kampung Batu 7 dalam daerah Hilir Perak.

Daripada jumlah itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi portal Info Banjir JKM memaklumkan pecahan mangsa, 59 orang dewasa, kanak-kanak (61), bayi (5), warga emas (14) dan orang kelainan upaya seramai tiga orang. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here