Tarikh bubar DUN Kelantan diumum selepas Februari – Mohd Amar

0
2

PEMBUBARAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dijangka diputuskan selepas Februari, sebaik tamat musim tengkujuh.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata kerajaan negeri masih lagi menilai suasana politik negara sebelum membubarkan DUN.

“Belum ada keputusan dan tak bincang apa-apa lagi, cuma kita sedang memerhati perkembangan dan menilai suasana (politik).

“Tahun depan walau macam mana sekalipun akan bubarlah, cuma bulan belum pasti. Mungkin lebih awal dari bulan Mei sebab bulan itu pun DUN terbubar dengan sendiri.

“Kita percaya beberapa negeri lain juga akan bubar DUN lebih awal dari bulan lima, itu jangkaan kita,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Menurut Mohd Amar, pembubaran DUN tidak boleh dijalankan dalam masa terdekat kerana musim tengkujuh masih belum berakhir dan ia dijangka berlanjutan hingga Februari.

Katanya, selain itu, faktor pengundi yang baru pulang baru-baru ini juga perlu diambil kira kerana ia membabitkan kos dan membebankan mereka.

Ditanya mengenai calon, Mohd Amar berkata, PAS akan menampilkan 30 peratus muka baharu seperti kelaziman yang berlaku setiap kali pilihan raya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here