Pemimpin Bersatu Sabah keluar parti tindakan tepat – Zahid

0
2

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan pemimpin Bersatu Sabah meninggalkan parti itu sebagai keputusan tepat.

Menerusi hantaran ringkas di Facebooknya, Ahmad Zahid berkata, walaupun keputusan berkenaan sukar, namun ia perlu dilakukan demi masa hadapan rakyat dan negeri itu.

“Keputusan yang tepat diambil oleh pemimpin-pemimpin Sabah.

“Keputusan yang sukar namun tetap dilakukan demi masa depan negeri dan kepentingan rakyat Sabah,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil keputusan meninggalkan Bersatu selepas mempertimbang keadaan dan landskap politik negara terutama di Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu diputuskan setelah kerajaan negeri yang ditunjangi GRS-Barisan Nasional (BN) mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu Hajiji berkata, beliau dan kepimpinan Sabah akan menubuhkan sebuah parti tempatan yang baharu, namun untuk sementara ini, secara kolektif akan menjadi ahli GRS. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here