PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai Timbalan Menteri kepada Kabinet Kerajaan Perpaduan, malam ini.
Senarai Timbalan Menteri itu dibuat selepas pengumuman Kabinet 28 Menteri pada 2 Disember lalu.
Upacara angkat sumpah akan berlangsung di Istana Negara, jam 3 petang esok.
Berikut adalah senarai nama timbalan menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan :
Timbalan Menteri Kewangan – Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital – Teo Nie Ching
Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi – Ramkarpal Singh
Timbalan Menteri Belia dan Sukan – Adam Adli
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah – Datuk Rubiah Wang
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi – Siti Aminah Aching
Timbalan Menteri Pengangkutan – Hasbi Habibullah
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan – Chang Fong Chin
Timbalan Menteri Ekonomi – Datuk Hanifah Taib
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan – Chang Fong Chin
Timbalan Menteri Ekonomi – Datuk Hanifah Taib
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan – Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Timbalan Menteri Pertahanan – Adly Zahary
Timbalan Menteri Kerja Raya – Datuk Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Dr Samsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Liew Ching Tong
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi – Datuk Seri Yusuf Apdal
Timbalan Menteri Sains dan Teknologi – Datuk Arthur Joseph Kurup
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Aiman Athirah Sabu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – Fuziah Salleh
Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi – Ramkarpal Singh
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Saraswathy Kandasamy
Timbalan Menteri Luar Negeri – Datuk Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya – Khairul Firdaus Akhbar Khan
Timbalan Menteri Pendidikan – Lim Hui Ying
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Wilson Ugak Kumbong
Timbalan Menteri Sumber Manusia – Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud

