Anwar terima kunjungan TPM Thailand

0
3
malaysiathailand

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prawit Wongsuwan, di kediaman rasminya, di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

Dalam pertemuan itu juga, Anwar memperkenalkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Malaysia dan Thailand punyai hubungan yang cukup baik sejak sekian lama dan saya menzahirkan harapan agar ia terus diperkasa melalui kerjasama dalam pelbagai lapangan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Kunjungan khas kali kedua Prawit ke negara ini itu antara lain bertujuan memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara serta bertukar pandangan dan perkongsian maklumat bagi kebaikan serantau itu.

Beliau diiringi Timbalan Menteri Pertahanan Thailand, Jen Chaichan Changmongkol. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here