Projek tebatan banjir: Tuan Ibrahim minta PM teliti fakta sebelum keluar kenyataan

0
2

BEKAS Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan pembatalan projek tebatan banjir melibatkan peruntukan RM15 bilion dan RM7 bilion.

Beliau berkata, Anwar pada hari pertama mesyuarat Kabinet telah menyerang Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan berlaku penyelewengan dana RM600 bilion ketika bekas Perdana Menteri meneraju negara.

“Semalam dia (Anwar) serang KASA, saya secara peribadi. Kononnya meluluskan projek sebanyak RM7 bilion dan beliau isytiharkan beliau batalkan projek itu. Eh tuan-tuan, projek itu tak lulus lagi batal apa? Projek itu tak lulus pun, belum lulus lagi.

“Ini Perdana Menteri cakap, bukan (Pengerusi) JKK. Takkanlah Perdana Menteri nak cakap sesuatu, tak semak dulu, tak teliti dulu?,” katanya ketika berucap di Rompin, Pahang semalam.

Tuan Ibrahim berkata, setiap hujung tahun, negara ini khususnya di Pantai Timur akan dilanda banjir di mana negara akan kerugian antara RM6 bilion hingga RM7 bilion, sekali gus bermakna memerlukan penyelesaian jangka panjang.

Katanya, sehubungan itu, beliau telah berbincang dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob yang meluluskan dana RM15 bilion untuk menyegerakan semua projek tebatan banjir.

“Projek ini belum pun dibagi mana-mana syarikat, surat setuju terima tak beri satu pun lagi. Baru kita senarai projek yang menjadi keutamaan bagi menyelesaikan masalah banjir seluruh negara.

“Tahun lepas kita rugi RM6 bilion kerana banjir. Sebab itu saya pelik bila beliau (Anwar) minta projek ini, dibatalkan dulu, ditangguhkan dulu. Eh projek tak buat, tangguh apa, batal apa?,” katanya lagi.

Beliau juga mempersoal tindakan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang membuat tuduhan fitnah kononnya KASA meluluskan peruntukan sebanyak RM2 bilion setelah Parlimen dibubarkan.

“Sebab itu, bila saya tengok renung balik, betullah kerajaan yang ada ni, bukan Kerajaan Perpaduan. Tapi Kerajaan Campuran perompak campur penyamun, campur penyokong penyamun, campur penyokong sakau.

“Maka kerajaan ialah Kerajaan Campuran perompak dan penyamun. Setuju tak? Jangan tuan-tuan sokong Kerajaan Campuran perompak penyamun ni. Mutakhir ni kita lihat dia menggelabah. Kerajaan yang ada ni tak tahu hala tuju.

“Sepatutnya bila dah jadi kerajaan, fokus, tunaikan manifesto yang kamu janji pada rakyat. Bukan duduk bagi isytihar. Ini di Tioman ada yang dapat geran tanah, betul? Macam tambang feri turun 50 peratus, alhamdulillah.

“Kalau macam ini pilihan raya setiap bulan lagi bagus ya. Sebab itu bagi kita, kita tak nak kerajaan ‘mee segera’ macam ini, dah tiga penggal jadi wakil rakyat, bila rakyat desak, jangan hanya di DUN Tioman lulus tanah, seluruh Pahang rakyat (sudah) 40-50 tahun tak dapat geran.

“Kalau boleh lulus di DUN Tioman kenapa tak lulus di Lipis, di Raub, di Jerantut, di Benta, seluruh negeri Pahang? Apakah nak tunggu Pilihan Raya Kecil lagi?,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here