Kerajaan Perpaduan perlu beri fokus isu Laut China Selatan

0
3

Datuk Ibrahim Yahya

LAUT China Selatan merupakan satu pengairan penting di Malaysia dan juga buat seluruh dunia. UNCTAD menganggarkan nilai dagangan yang melalui kawasan ini adalah AS$ 3.37 trilion.

Namun, beberapa tahun kebelakangan ini, wujud pelbagai isu dan keselamatan seperti tuntutan hak serta kedaulatan maritim yang melibatkan pelbagai negara seperti Malaysia, China, Brunei, Indonesia, Filipina, Taiwan dan Vietnam.

China pula telah melakukan pelbagai siri pencerobohan di Laut China Selatan seperti sudah membina tiga pulau bagi tujuan menempatkan kem ketenteraan sehingga mewujudkan ketegangan antara China dengan US di kawasan itu.

China mendakwa Laut China Selatan merupakan lautannya kerana mereka menggunakan kaedah “9 Dash Line” dan bukannya kaedah UNCLOS yang ditetapkan oleh UN.

Dan dakwaan US pula hanyalah untuk menjaga keselamatan perairan dunia. Pun begitu, kita yakin, kedua-duanya hanya mahu memperluaskan pengaruh dan kawasan mereka.

China juga sudah semakin agresif sejak beberapa bulan laku dek kerana isu di Selat Taiwan menyebabkan China perlu untuk nampak dominan di kawasan perairan ini.

Oleh sebab itu, negara-negara ASEAN sudah bersetuju untuk mengadakan deklarasi bersama untuk meningkatkan kebersamaan untuk menjamin keselamatan rantau ASEAN.

Malaysia sendiri komited untuk berganding bahu dengan rakan ASEAN seperti AS dan China untuk berhadapan sebarang cabaran.

Atas dasar ini juga, kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyahut baik usaha ini disamping mewujudkan pola pemikiran baharu untuk menyelesaikan kemelut ini.

Pengaruh besar Anwar di peringkat global diyakini mampu meletakkan Malaysia pada kedudukan terbaik untuk meminimumkan isu Laut China Selatan.

Buktinya, banyak panggilan daripada pemimpin dunia pada hari pertama beliau menjadi Perdana Menteri. Panggilan dari Turkiye dan Indonesia menjadi bukti kuat pengaruh Anwar di peringkat global.

Anwar juga perlu mula untuk lebih mengukuhkan kewibawaan bersama China kerana hubungan yang baik dengan China adalah salah satu kunci keselamatan perairan kita.

Rakyat Malaysia juga percaya Anwar perlu lebih proaktif dalam isu Laut China Selatan demi memastikan keselamatan setiap pemegang taruh seperti golongan nelayan dan industri minyak gas.

Akhir sekali, besarlah harapan rakyat Malaysia untuk melihat sinar baharu dalam isu Laut China Selatan ini. Wisma Putra di bawah Datuk Seri Dr Zambry Kadir dan Perdana Menteri perlu menjadikan perpaduan bukan sahaja menjadi teras kepada kerajaan pada hari ini tapi juga teras dalam usaha kerjasama dunia agar isu isu keselamatan global seperti Laut China Selatan dapat ditangani secara efektif.

Semangat perpaduan boleh membawa kepada pendekatan dasar keharmonian bersama dan persahabatan berpanjangan.

Penulis merupakan penganalisis politik

(Artikel ini disiar tanpa suntingan dan tidak semestinya mewakili pendirian Malaysiapost)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here