Anwar hargai sokongan Ismail Sabri

0
2

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sudi bertemu dengannya dan bertukar pandangan mengenai isu semasa.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dalam pertemuannya di Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra semalam, beliau turut menyatakan penghargaan kepada Naib Presiden Umno itu.

“Mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya hari ini.

“Saya hargai kesudian beliau untuk bertemu dan bertukar pandangan terkait pelbagai isu semasa.

“Saya juga nyatakan penghargaan kepada beliau atas dukungan dan sokongan yang diberikan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam tadi.

Dalam hantaran itu, Anwar turut memuat naik gambar pertemuannya dengan Ismail Sabri.

Pertemuan Anwar dengan bekas Perdana Menteri itu adalah yang pertama kali secara rasmi selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan itu menang pilihan raya.

Keputusan PRU-15 pada 19 November lalu bagaimanapun menyaksikan BN hanya menang 30 kerusi Parlimen dan akhirnya memutuskan untuk bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk Kerajaan Perpaduan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here