Anak Zahid dilantik Pengerusi MQ Tech

0
2

DATUK Nurulhidayah Ahmad Zahid dilantik Pengerusi MQ Technology Bhd (MQ Tech) yang baharu berkuatkuasa 5 Disember 2022.

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu sebelum ini adalah Naib Pengerusi MQ Tech sejak 2 Jun lalu.

Pelantikan Nurulhidayah dibuat susulan penetapan semula jawatan pengurusan tertinggi MQ Tech.

Berita Harian melaporkan, dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MQ Tech mengumumkan Pengerusinya, Datuk Lim Char Boo ditetapkan semula sebagai Naib Pengerusi berkuat kuasa pada hari yang sama.

Nurulhidayah, 44, adalah anak kepada Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Antara pengalamannya termasuk berkhidmat sebagai Naib Presiden Komunikasi Korporat (Pengurus Besar) di Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dari Disember 2012 hingga April 2016.

Nurulhidayah memegang ijazah komunikasi daripada Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Lincoln University College.

MQ Tech adalah syarikat yang terbabit dalam perniagaan perkakasan dan prototaip, yang membangunkan acuan, alatan, jig serta lekapan yang digunakan dalam pembuatan pemacu cakera keras, industri automotif dan perubatan.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here