Asyraf istighfar terkejut kemungkinan dana perjudian digunakan PN

0
3

SELEPAS pendedahan penggunaan dana hasil perjudian untuk tujuan berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kemungkinan besar banyak lagi isu panas yang bakal dibongkar oleh Kerajaan Perpaduan.

Perkara itu mencuri perhatian Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang berkata, ia termasuk dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Astaghfirullah…lepas ni satu persatu akan terdedah. Lebih banyak lagi katanya bakal didedahkan, selepas kecoh isu dana RM600 billion yang lulus tanpa tender waktu darurat,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Asyraf yang menzahirkan istighfar itu merujuk berita yang didedahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kemungkinan besar sebahagian dana PRU15 Perikatan Nasional (PN) didakwa datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, Perdana Menteri berkata, beliau telah mengarah Kementerian Kewangan menyemak bagi mengesahkan sama ada dana pilihan raya untuk gabungan tersebut datang dari syarikat perjudian.

Terdahulu, Perdana Menteri menegur pentadbiran PN diketuai Bersatu dan PAS kerana menaikkan cabutan khas judi dari lapan kepada 22 kali setahun yang dibuat pada akhir 2020.

Jelasnya, selaku menteri kewangan, beliau telah memutuskan bilangan cabutan khas judi akan kembali dikurangkan kepada lapan kali setahun bermula tahun depan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here