Mat Sabu tekad pastikan bekalan makanan, telur sentiasa mencukupi

0
2

MEMASTIKAN bekalan makanan harian terutama telur mencukupi di pasaran menjadi fokus utama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.

Beliau yang memulakan tugas secara rasminya hari ini bertekad memastikan harga dan bekalan makanan sentiasa dapat memenuhi kehendak pengguna.

“Kita akan lihat soal harga makanan terutama bekalan telur yang harus diberi perhatian khas kerana ia satu keperluan penting tanpa mengira status rakyat di samping makanan-makanan lain.

“Jadi, saya akan dengar taklimat daripada Ketua Setiausaha serta pegawai kementerian dan akan buat perancangan susulan,” katanya kepada media, di Putrajaya, hari ini.

Mohamad berkata, kemelesetan ekonomi dunia diramal berlaku tahun hadapan sekali gus menuntut kementeriannya melakukan persediaan menghadapi kemelut tersebut.

“Kita perlu melakukan persediaan sewajarnya untuk menghadapi situasi di luar jangkaan. Kita akan bekerjasama dengan KPDNKSH juga untuk memastikan harga barangan harian terkawal,” katanya.

Terdahulu, Mohamad Sabu tiba di Wisma Tani bagi memulakan tugas rasmi menerajui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pagi tadi.

Beliau disambut Ketua Setiausaha, Datuk Haslina Abdul Hamid serta pegawai-pegawai kanan Jabatan dan Agensi dibawah kementerian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here