PM cuba layan netizen di Twitter walaupun sibuk

0
2

WALAUPUN sibuk selepas dilantik sebagai Perdana Menteri namun, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji untuk mencari masa melayani komen-komen netizen di Twitter.

Ahli Parlimen Tambun itu mengakui tanggungjawabnya semakin bertambah menyebabkan masanya agak terbatas membalas komen di laman media sosial itu.

“Ramai mengadu saya jarang jawab ciapan. Tanggungjawab kian bertambah tetapi saya masih ikuti komen teman-teman di Twitterjaya.

“Insya-Allah, saya akan cuba cari ruang dan balas ciapan kawan-kawan semua,” katanya dalam ciapan di Twitter, tengah malam tadi.

Malah, Anwar juga sempat berbalas ciapan dengan netizen dan berterima kasih kerana memahami kesibukannya.

Antara perkara yang menjadi bualan Perdana Menteri ke-10 dan netizen adalah berkaitan topik Piala Dunia.

Ada juga netizen yang menyatakan tidak perlu untuk Perdana Menteri berinteraksi di media sosial sebaliknya fokus kepada membangunkan negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here