Nad Zainal sudah boleh bercakap, pegang telefon

0
2

PELAKON Nad Zainal yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi kini menunjukkan tanda-tanda positif dan sudah boleh bercakap, walaupun masih dalam keadaan lemah.

Perkhabaran itu dikongsi sahabat karibnya, pelakon Ungku Ismail Aziz, 36, menerusi hantaran video di Instagram, semalam.

“Alhamdulillah, perkembangan terkini Nad Zainal sekarang recovery dia baik dan bagus. Dia juga tidak lagi memerlukan mesin oksigen. Tetapi doktor gantikan dengan alat penafasan yang lain. Bukan lagi menggunakan tiub.

“Doakan semuanya lancar dan selamat. Sekarang doktor masih pantau kadar oksigen dalam badan dia kerana mesin oksigen baru sehari dibuka.

“Nad boleh bersuara, tetapi sangat perlahan. Sebab dia pun masih lemah. Dia juga boleh pegang telefon tetapi tidak boleh taip,” jelasnya dalam video itu.

Kata Ungku Ismail, dia memohon orang ramai agar terus mendoakan Nad kembali sihat dan paru-parunya boleh berfungsi secara normal.

Dalam perkembangan sama, pengarah dan juga penerbit Shahrulezad, bersyukur kerana berpeluang membuat panggilan video dengan Nad, semalam.

Katanya, dia sentiasa mengikuti perkembangan kesihatan Nad dan bersyukur mesin oksigen yang digunakan pelakon itu sebelum ini telah dicabut.

“Yes, semalam lagi Nad sebenarnya dah mula di extube (buka alat oksigen). Allahuakbar, Alhamdullah. Dan abang sendiri sempat ber’video call’ dengan dia.

“Kami tak bercakap sangat sebab Nanad masih lemah dan aku lebih banyak menangis sambil ketawa gembira.

“Sesungguhnya kekuatan doa itu sangat benar. Terima kasih abang ucapkan atas doa kalian yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan Nad,” katanya dalam Instagram pagi ini.

23 November lalu, media melaporkan Nad sedang kritikal di ICU Hospital Ampang Puteri dipercayai akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here