Anwar menghadap Agong, spekulasi pelantikan anggota Kabinet makin hangat

0
3

DATUK Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi dilihat memasuki Istana Negara, ketika spekulasi pelantikan anggota Jemaah Menteri semakin hangat diperkatakan.

Kenderaan membawa Perdana Menteri tiba di pintu masuk utama Istana Negara pada jam 8.23 pagi tadi.

Beliau dilapor akan mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Semalam, Perdana Menteri dilaporkan berkata perbincangan mengenai pelantikan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan hampir selesai dan berharap ia dapat diumumkan dalam masa terdekat.

Selepas ini, Perdana Menteri dijadual ke Perak antara lain untuk menghadap Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada jam 10 pagi.

Selepas itu, beliau dijadual mengadakan sesi tinjauan mesra di Pasar Tanjung Rambutan, lawatan tapak Klinik Kesihatan Manjoi dan solat Jumaat serta Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, Ipoh. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here