BARISAN Nasional (BN) Sabah diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin semalam mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kunjungan hormat di Pejabat Perdana Menteri di Putrjaya itu turut disertai pemimpin BN negeri antaranya, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Menurut Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, kunjungan hormat itu antara lain bertujuan membincangkan isu semasa dan pembangunan serta hala tuju Sabah.
“BN Sabah yakin Perdana Menteri ke-10 akan dapat membangun negara dan rakyat dengan jayanya,” tulis Bung Moktar menerusi hantaran di Facebooknya.
Pada PRU15 lalu, BN Sabah memenangi enam kerusi Parlimen. – Malaysiapost

