Hujan berterusan dijangka landa Timur Sabah, Pantai Timur dan Utara Semenanjung

0
2

RAMALAN cuaca signifikan bagi tempoh 1 hingga 7 Disember ini mendapati kawasan Timur Sabah, Pantai Timur dan Utara Semenanjung dijangka mengalami hujan berterusan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, berkata berdasarkan analisis model-model cuaca, angin timuran kencang dijangka bertumpu di Timur Sabah, Pantai Timur dan Utara Semenanjung sehingga 5 Disember 2022.

Menurutnya, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan di kawasan terbabit.

“Pada masa yang sama, satu sistem cuaca tekanan rendah dijangka terbentuk di perairan Laut China Selatan pada 2 Disember 2022 dan diramal bergerak ke barat merentasi sempadan Malaysia-Thailand menuju ke Laut Andaman pada 3 hingga 4 Disember 2022.

“Sehubungan itu, METMalaysia telah mengemaskini Amaran Hujan Berterusan (Waspada) melibatkan Timur Sabah, Pantai Timur dan Utara Semenanjung dalam tempoh 1 hingga 4 Disember 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

METMalaysia turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here