Kutipan tol DASH bermula malam ini

0
2

KUTIPAN tol di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan bermula 12.01 tengah malam ini.

Kelas kenderaan satu iaitu kereta dicaj RM2.30, lori iaitu kelas dua (RM4.60), treler iaitu kelas tiga (RM6.90), kelas empat iaitu kereta jenis teksi (RM1.20) dan bas iaitu kelas lima dicaj RM2.30.

Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd (Prolintas) berkata, kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan RFID.

Sehubungan itu, pengguna disarankan agar memastikan baki kad Touch ‘N Go dan e-wallet adalah mencukupi sebelum memasuki Lebuhraya DASH.

Menurut kenyataan itu, bahagian Operasi Lebuhraya DASH akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol di ketiga-tiga plaza tol selain menempatkan petugas di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya terutama pada waktu puncak bagi membantu pengguna yang menghadapi kesulitan.

Pengguna juga dinasihatkan supaya mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan yang lancar ke destinasi yang dituju.

Lebuhraya DASH sepanjang 20.1 kilometer itu telah dibuka kepada orang ramai secara percuma dibuka pada 14 Oktober lalu sehingga hari ini. – Malaysiapost

Kredit Foto: pandulaju.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here