WALAUPUN kes jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan penurunan, namun kematian akibat jangkitan itu meningkat apabila 10 laporan kematian baharu direkodkan semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,667 kes sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data dimuat naik di portal KKMNOW, dua kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Sementara itu, sebanyak 1,672 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam dengan satu kes import berbanding 2,465 kes kelmarin.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,951,986 kes.
Selain itu, seramai 24,573 individu atau 92.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 1,911 pesakit dimasukkan ke hospital dengan 94 orang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 52 individu memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

