Lapor polis jika benar DAP promosi Islamofobia – Fahmi Fadzil

0
2

PKR menggesa Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, membuat laporan polis sekiranya dakwaan bahawa DAP mempromosikan Islamofobia kepada bukan Islam itu terbukti benar.

Serentak itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, meminta Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berhenti menyebar tuduhan palsu dan kebencian.

“Jika benar DAP seperti apa yang dituduh, buat laporan polis. Biar pihak berkuasa ambil tindakan.

“Pada masa yang sama, ingat-ingatlah nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya kita semua rapatkan saf demi masa depan Malaysia tercinta.

“Jangan derhaka,” katanya dalam ciapan menerusi Twitternya, hari ini.

Fahmi merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi yang mendakwa DAP mempromosi Islamofobia kepada golongan bukan Islam, melalui Facebooknya, hari ini.

Abdul Hadi mendakwa, PAS terus menjadi sasaran DAP selepas melihat kemaraan parti itu meraih kerusi terbanyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

DAP dakwanya, ibarat membaling batu di tengah khalayak ramai pada waktu siang demi kepentingan politiknya, selain menyebarkan Islamofobia kepada kaum bukan Islam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here