Ismail Sabri nafi wujud pertemuan tertutup pemimpin BN, PAS  

0
2

NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan terdapat pertemuan tertutup melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PAS di sebuah kelab golf di Petaling Jaya, semalam.

Ismail Sabri berkata, segala tindakannya kini disalah tafsir sehingga dianggap pengkhianat jika bertemu dengan rakan daripada PAS manakala pihak yang bertemu dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dianggap hero.

“Tak betul (pertemuan tersebut). Mana ada perjumpaan melibatkan 10 orang itu. Tengok senarai nama tu lima orang sahaja. Ini semua fitnah jahat untuk merosakkan nama saya.

“Hari ini nak jumpa kawan-kawan pun tak boleh. Jumpa kawan PAS (dianggap) jadi pengkhianat, jumpa orang PH jadi hero penyelamat parti. Semua orang dah gila,” katanya seperti dilapor MalaysiaKini.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung perjumpaan diberi jolokan ‘Langkah Tropicana’ yang turut disertakan dengan beberapa gambar ketika pertemuan tersebut.

Sepuluh pemimpin BN dan PAS didakwa terlibat dalam pertemuan tertutup itu.

Nama yang disebut hadir ke pertemuan itu ialah Ismail Sabri; Bekas Setiausaha Agung Umno,Tan Sri Annuar Musa serta Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Setiausaha Akhbar Annuar, Tun Faisal Ismail Aziz.

Bagaimanapun, Ka Siong menafikan perkara itu, selain mengakui kesal namanya dikaitkan menghadiri pertemuaan berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here