Bekas ADUN Seberang Takir meninggal dunia

0
2

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Abdul Rashid Ngah, meninggal dunia akibat sakit tua dan jantung malam tadi.

Abdul Rashid, 85, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Hospital Kajang, kira-kira jam 10.15 malam.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya pagi tadi.

Menurut adik iparnya, Mohd Shapian Ali, tahap kesihatan arwah agak merosot kebelakangan ini dan telah dimasukkan ke Hospital Kajang sejak hampir seminggu lalu akibat sakit jantung dan sakit tua.

“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat keluarga kami kerana sifat kasih sayangnya terhadap kami semua,”katanya.

Mohd Shapian berkata, walaupun tidak berapa sihat, arwah Abdul Rashid tetap aktif menulis buku dan novel bergenre kenegaraan serta politik namun tidak sempat diterbitkan.

Allahyarham Abdul Rashid merupakan wakil rakyat paling lama berkhidmat di Seberang Takir selama 30 tahun sejak 1974 sebelum mengumumkan persaraan dari arena politik pada 2004.

Bekas guru itu terkenal sebagai pengarang dan penulis novel antaranya ‘Di Bawah Alunan Ombak’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1961. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here