‘Kerajaan Persekutuan akan dibentuk dalam masa terdekat’ – Muhyiddin

0
3

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi gambaran sedang dalam perbincangan membentuk Kerajaan Persekutuan, hari ini.

Ia susulan bekas Perdana Menteri itu menerima kunjungan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di kediamannya hari ini.

Katanya, rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan Ahli Parlimen bebas.

“Pagi ini saya menerima kunjungan Tan Sri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak dan Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS untuk membincangkan pembentukan Kerajaan Persekutuan.

“Rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan Ahli Parlimen bebas.

“InsyaAllah, Kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat,” katanya dalam hantaran Facebook, sebentar tadi.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pakatan Harapan (PH) memenangi 76 kerusi manakala parti gabungannya DAP di Sarawak mendapat lima kerusi dan MUDA menang satu kerusi, menjadikan keseluruhan 82 kerusi Parlimen diperoleh gabungan itu.

PN dan PAS pula memperoleh 73 kerusi Parlimen selepas masing-masing menang 51 dan 22 kerusi.

Sementara, Barisan Nasional (BN) memperoleh 30 kerusi diikuti Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Parti Bangsa Malaysia (satu) dan calon Bebas (dua). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here