SPR tolak permohonan kira semula undi di Gua Musang 

0
3

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menolak permohonan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Razaleigh Hamzah yang mahu pengiraan semula undi dilakukan di Parlimen Gua Musang. 

Pengarah SPR Kelantan, Fakhrul Razi Ab Wahab berkata SPR menolak keputusan itu dengan alasan pengiraan semula tidak boleh dibuat di pusat penjumlahan rasmi undi. 

“Pengiraan semula hanya boleh dibuat di saluran sekiranya majoriti yang diperolehi oleh pemenang kurang daripada empat peratus. 

“Sekiranya tidak berpuas hati, calon kena buat petisyen pilihan raya berdasarkan asas tertentu,” katanya di Pejabat SPR di Wisma Persekutuan negeri di Kota Bharu. 

Terdahulu, Tengku Razaleigh tewas menang di Parlimen Gua Musang dengan memperoleh majoriti 163 undi. 

Beliau yang menyandang kerusi itu selama 11 penggal tewas kepada calon PAS, Mohd Azizi Abu Naim. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here