PN berkumpul di Glenmarie Shah Alam, nanti keputusan PRU15

0
3

HOTEL Glenmarie Golf And Country di Shah Alam menjadi menjadi pusat gerakan Perikatan Nasional (PN) menanti keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), malam ini.

Pengamal media telah dijemput berkumpul di hotel berkenaan bagi memantau keputusan PRU15 dari pusat pengiraan undi seluruh negara melalui skrin besar yang disediakan.

Namun kelibat para pemimpin PN belum kelihatan, hanya petugas parti dilihat sibuk memastikan majlis berjalan lancar.

Difahamkan, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin lain akan mula tiba di hotel berkenaan selepas solat Isyak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here