Zuraida masih belum raih sebarang undi

0
3

PENYANDANG kerusi Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin dari Parti Bangsa Malaysia (PBM) masih belum meraih undi setakat jam 7.33 malam tadi.

Ketika ini, calon dari Perikatan Nasional (PN) Sasha Lyna Abdul Latif sedang mendahului dengan 137 undi, diikuti Calon Barisan Nasional (BN), Ivone Low Yi Wen (91).

Manakala calon Pakatan Harapan (PH) Rodziah Ismail (26), Nurul Ashikin Mabahwi dari Pejuang (5) dan Bryan Lai dari Warisan (1).

Tiga lagi calon lain sama seperti Zuraida masih belum meraih sebarang undi.-Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Zuraida Kamaruddin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here