Tengku Zafrul reda keputusan pengundi

0
2

CALON Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz reda dengan keputusan yang bakal diterimanya pada hari ini.

Menurutnya, beliau sudah melakukan yang terbaik sepanjang tempoh berkempen pilihan raya umum kali ini.

“Harapan saya dapat dipilih oleh pengundi Kuala Selangor menjadi wakil rakyat di sini supaya dapat memberikan perkhidmatan kepada mereka.

“Apapun, sesiapa (calon) yang menang atau kalah, harus reda menerima keputusan pilihan (majoriti pengundi),” katanya selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2 di sini, hari ini.

Beliau bersama isterinya, Raja Datin Seri Johanna Adrina Raja Arshad tiba di pusat pengundian itu pukul 8.15 pagi.

Tengku Zafrul memaklumkan, pada mulanya beliau mahu beratur seperti orang awam lain untuk mengundi, namun petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memintanya mengundi segera kerana tidak mahu menganggu proses pengundian.

“Ramai pengundi yang nak ambil gambar dengan saya dan melihat situasi itu, petugas SPR menasihatkan kepada saya tidak perlu beratur.

“Apapun, saya melihat ramai yang datang mengundi awal dan harap jumlah yang datang mengundi terus ramai sehingga petang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here