Isnin cuti jika BN menang besar esok – Ismail Sabri

0
3
SHAH ALAM, 4 Okt -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) sempat bertemu dan meluangkan masa bersama mahasiswa sebelum membuat lawatan ke reruai pameran pada Program Idea Bina Negara di Padang Kawad Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam hari ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

KERAJAAN mempertimbang mengisytiharkan cuti pada Isnin sekiranya Barisan Nasional (BN) menang besar dan membentuk kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada program ramah mesra mahasiswa anak Bera, hari ini.

“Terima kasih kerana balik mengundi. Insya Allah kalau kita menang besar membentuk kerajaan, hari Isnin kita bagi cuti.

“Saya harap, esok mahasiswa dari Bera jangan tersilap kerana orang lama atau pengundi lama di Bera, saya tahu yang mereka akan mengundi BN esok.

“Saya harap pengundi muda, pengundi yang pertama kali mengundi ini iaitu para mahasiswa adalah seperti ibu bapa (masing-masing) yang memilih untuk mengundi BN esok,” katanya.

Ismail Sabri berkata, mahasiswa mempunyai dua pilihan sama ada memilih kesengsaraan jika memilih pembangkang atau memilih BN untuk kecemerlangan pada masa akan datang.

“Percayalah kita ada dua pilihan, di sebelah kiri untuk sengsara, di sebelah kanan untuk kecemerlangan, di sebelah kiri adalah parti pembangkang, jika kita pilih akan membawa kesengsaraan kepada kita dan masa depan.

“Sedangkan kecemerlangan adalah BN di sebelah kanan. Insya Allah, kalau BN menang besar atau BN menang dengan membentuk kerajaan, kalau saya menang di Bera, dengan izin Allah, dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, insya Allah pada 20 November saya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here