Abah harap rakyat pilih parti yang tepat, esok

0
3

TAN Sri Muhyiddin Yassin berharap rakyat boleh yang menunaikan tanggungjawab untuk mengundi esok membuat pilihan yang tepat dan betul.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata penyertaan parti lama dan baharu, serta calon-calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini telah memberi pelbagai pilihan kepada rakyat.

“Namun, pilihlah dengan betul. Pilihlah parti yang telah membuktikan dalam masa yang singkat, bahawa ia adalah satu wadah perjuangan yang mendengar denyut nadi rakyat, yang menjulang aspirasi dan cita-cita rakyat.

“Tolak parti yang tidak mementingkan integriti, tolak parti yang membudayakan rasuah, tolak parti yang tidak mampu menunaikan janji,” katanya menerusi amanat abah, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau sering ditanya kenapa perlu memilih PN dan beliau menjawab parti itu telah mengarus perdanakan agenda prihatin dalam kerajaan, mengutamakan rakyat dan tidak putus putus membantu rakyat.

“Dari memberi bantuan tunai ke bakul makanan, subsidi upah ke moratorium, memastikan vaksinasi diberi kepada semua secepat mungkin, telah Kerajaan PN lakukan dan buktikan ketika mentadbir di era pandemik.

“Kerajaan PN ikhlas membantu mengemudi negara dan membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang,” katanya.

Katanya, pilihlah PN untul membentuk Kerajaan yang bersih, dipimpin pemimpin yang berintegriti dan berlaku adil kepada semua.

“Semestinya, kerajaan yang bersih akan memastikan rasuah ditolak, ketirisan ditampal supaya setiap ringgit dan sen duit rakyat dijaga dengan penuh amanah dan dibelanjakan untuk kepentingan rakyat,”katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here